In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
338. Jawatan anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong jika—
Feedback & support(a)
dia mati;
(b)
dia telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak hadir mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Menteri; atau
(f)
dia bersalah atas suatu salah laku yang serius berhubung dengan kewajipannya di bawah Akta ini.