Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal

343. Akaun dan audit

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan operasi Dana dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan akaun Dana diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Lembaga.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 543

(3)

Pada akhir setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun

Dana diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun dikemukakan kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu laporan yang memperkatakan pelaburan Dana dalam tahun kewangan sebelumnya dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Report

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules