In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
345. Pembubaran Dana
Feedback & support(1)
Jika Menteri berpuas hati bahawa wang dalam kredit Dana tidak mencukupi untuk mencapai dengan sepenuhnya objektif yang disebut dalam seksyen 334, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membubarkan Dana dan memindahkan segala aset dan wang yang tinggal dalam kredit Dana kepada dana lain yang mempunyai objektif yang sama dengan Dana.
(2)
Sekiranya Dana dibubarkan di bawah subseksyen (1) dan tiada dana lain yang memenuhi peruntukan subseksyen (1) berkenaan dengan objektifnya, aset dan wang yang tinggal dalam kredit Dana hendaklah dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.