Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
335. Section 335
Feedback & supportAnggota Lembaga hendaklah dilantik oleh Menteri dan
Lembaga hendaklah terdiri daripada—
Pengerusi Suruhanjaya, sebagai anggota ex-officio, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 539
Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya, sebagai anggota ex-officio;
wakil kanan syarikat pemegangan bursa; dan
empat orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, undang-undang atau pengalaman lain yang berkaitan.
Jika Pengerusi Lembaga tidak hadir atau tidak berupaya untuk bertindak disebabkan sakit atau apa-apa sebab lain, Timbalan Ketua
Eksekutif Suruhanjaya hendaklah bertindak menggantikan tempatnya sebagai Pengerusi Lembaga.
Anggota Lembaga tidak berhak untuk mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honororium dan elaun perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Lembaga hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan atau dikenakan oleh
Akta ini atau sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Menteri dan boleh melalui surat cara secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang semua atau mana-mana kuasa atau kewajipan itu.