Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
340. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportSeseorang anggota Lembaga yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung oleh dirinya sendiri, pasangannya atau anak-anaknya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada
Lembaga, hakikat kepentingan itu dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga, dan selepas penzahiran itu—
anggota itu tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan
Lembaga;
anggota itu tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum Lembaga berhubung dengan perkara itu; dan
tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar peruntukan seksyen ini.
542 Undang-Undang Malaysia AKTA 671