Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
341. Pemeliharaan Dana
Feedback & supportMenjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Dana selaras dengan peruntukan Bahagian ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini.
Lembaga boleh melaburkan wang Dana yang sedia ada untuk pelaburan mengikut apa-apa cara yang Lembaga boleh, melalui mana-mana peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri, dibenarkan untuk melabur.
Tanpa menyentuh keluasan seksyen 335, Lembaga boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan semua atau mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah subseksyen (2) kepada mana-mana pekerja atau orang yang dilantik olehnya.
Lembaga boleh membayar kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (3) suatu fi bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada orang itu di bawah subseksyen itu.