Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil
355. Section 355
Feedback & supportJika mana-mana orang—
melanggar peruntukan Akta ini selain peruntukan Bahagian V dan Penggal 2 Bahagian VI atau mana-mana undang-undang sekuriti; atau
tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan—
kaedah-kaedah suatu bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan;
apa-apa notis bertulis, arahan, garis panduan atau nota amalan yang dikeluarkan atau syarat yang dikenakan, oleh Suruhanjaya; atau
apa–apa kaedah-kaedah suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, dalam hal keadaan yang orang itu dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah, notis bertulis, arahan, garis panduan, nota amalan atau syarat, orang itu telah melakukan suatu kemungkiran.
Tanpa mengehadkan keluasan perenggan (1)(b), orang yang berikut hendaklah disifatkan dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah suatu bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, setakat yang kaedah-kaedah itu berupa sebagai terpakai berhubung dengan orang itu:
suatu syarikat pemegangan bursa;
suatu bursa derivatif;
560 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
suatu pusat penjelasan diluluskan;
suatu gabungan;
suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf;
seseorang yang baginya kaedah-kaedah sesuatu bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, terpakai;
pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d); atau
mana-mana orang lain yang suatu obligasi di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya telah dikenakan berkenaan dengan perniagaan, nasihat pelaburan atau pengurusan dana berkenaan dengan derivatif.
Jika seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan
Suruhanjaya berpuas hati bahawa ia adalah wajar dalam segala hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya boleh mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
mengarahkan syarikat pemegangan bursa atau bursa derivatif, mengikut mana-mana yang berkenaan—
menggantung perdagangan di pasaran derivatif dalam suatu kelas derivatif yang tertentu;
mengehadkan transaksi di pasaran derivatif setakat penutupan derivatif;
menangguhkan selama suatu tempoh yang dinyatakan, tarikh penyempurnaan bagi semua derivatif atau bagi suatu kelas derivatif yang tertentu yang dibuat di pasaran derivatif;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 561
menyebabkan sesuatu derivatif yang tertentu yang dibuat di pasaran derivatif atau setiap derivatif yang termasuk dalam suatu kelas derivatif yang tertentu yang dibuat sedemikian, supaya—
ditutup dengan serta-merta akibat pemadanan derivatif dengan derivatif daripada jenis yang sama yang harga atau nilainya sama dengan harga atau nilai yang ditentukan oleh bursa derivatif itu; atau
diinvoiskan kembali ke suatu tarikh yang dinyatakan pada harga atau nilai yang ditentukan oleh bursa derivatif itu;
menghendaki sesuatu derivatif yang dibuat di pasaran derivatif atau setiap derivatif yang termasuk dalam sesuatu kelas derivatif yang tertentu yang dibuat sedemikian, supaya ditunaikan dengan—
menawarkan sesuatu lot boleh niaga sesuatu surat cara yang ditentukan oleh bursa derivatif itu, yang kualiti atau piawaiannya yang ditentukan oleh bursa derivatif itu, berbeza daripada kualiti atau piawaian surat cara yang dinyatakan dalam derivatif itu; dan
menawarkan suatu harga yang diselaraskan dengan suatu amaun yang ditentukan oleh bursa derivatif itu yang berpatutan dengan mengambil kira kualiti atau piawaian surat cara yang disebut dalam subsubperenggan (A);
menghendaki mana-mana gabungan bursa derivatif itu supaya bertindak mengikut cara yang tertentu berhubung dengan perdagangan dalam derivatif di pasaran derivatif bagi bursa derivatif itu atau berhubung dengan perdagangan dalam sesuatu kelas derivatif yang tertentu;
562 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
mengarahkan orang yang mungkir itu supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana kaedah-kaedah, peruntukan, notis bertulis, arahan, nota amalan, syarat atau garis panduan;
mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi satu juta ringgit;
mencela orang yang mungkir itu;
menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh
Suruhanjaya untuk meremedi atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (3) tanpa memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar.
Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh suatu syarikat pemegangan bursa, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, pengarah, pegawai atau gabungan yang berkenaan, atau mana-mana orang yang berkenaan,
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—
keuntungan yang telah terakru kepada syarikat pemegangan bursa, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, pengarah, pegawai atau gabungan yang berkenaan atau mana-mana orang lain yang berkenaan; atau
sama ada mana-mana orang telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu.
(Dipotong oleh Akta A1406).
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 563
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang—
Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang
Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah
Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir; dan
syarikat pemegangan bursa, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada mengambil apa-apa tindakan di bawah kaedah-kaedahnya.
Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 3(c), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Kerajaan Malaysia.
Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan 3(e) telah menghendaki orang yang mungkir itu untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir itu gagal membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman terhadap dan mendapatkan restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Setakat yang apa-apa amaun yang boleh didapatkan di bawah perenggan (3)(e) atau subseksyen (9) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—
dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar—
kos membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau 564 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.