Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil
360. Kuasa mahkamah untuk membuat perintah tertentu
Feedback & supportJika—
atas permohonan oleh Suruhanjaya, mahkamah mendapati bahawa—
wujud kebarangkalian yang munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar suatu kehendak yang berkaitan;
mana-mana orang telah melanggar suatu kehendak yang berkaitan; atau
mana-mana orang telah melanggar suatu kehendak yang berkaitan dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meremedi pelanggaran atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan;
atas permohonan oleh Suruhanjaya, mahkamah mendapati bahawa mana-mana orang telah tidak atau tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 571
atas permohonan suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mahkamah mendapati bahawa—
mana-mana orang telah melanggar suatu kehendak yang berkaitan; atau
mana-mana orang telah melanggar suatu kehendak yang berkaitan dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meremedi pelanggaran atau mengurangkan kesan pelanggaran itu; atau
atas permohonan oleh mana-mana orang yang terkilan dengan suatu pengataan pelanggaran suatu kehendak yang berkaitan oleh seorang lain, mahkamah mendapati bahawa—
orang lain itu telah melanggar kehendak yang berkaitan itu; dan
pemohon itu terkilan dengan pelanggaran itu, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang boleh dibuat selain menurut seksyen ini, membuat satu atau lebih daripada perintah yang berikut:
suatu perintah yang menahan atau menghendaki pemberhentian pelanggaran itu;
suatu perintah yang menahan seseorang daripada berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif berkenaan dengan mana-mana kelas sekuriti atau derivatif yang disebut dalam perintah itu;
suatu perintah yang mengisytiharkan suatu derivatif sebagai batal atau boleh batal;
suatu perintah yang menahan orang itu daripada memperoleh, melupuskan atau selainnya menguruskan, aset
572 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
yang mahkamah berpuas hati adalah munasabah mungkin dilupuskan atau selainnya diuruskan oleh orang itu;
suatu perintah yang mengarahkan seseorang supaya melupuskan apa-apa sekuriti yang dinyatakan dalam perintah itu;
suatu perintah yang menahan penjalanan apa-apa hak mengundi atau hak lain yang diberikan kepada mana-mana sekuriti yang dinyatakan dalam perintah itu;
suatu perintah yang menahan seseorang daripada menyediakan, menawarkan untuk langganan atau belian, atau menerbitkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, atau mengumpukkan apa-apa sekuriti yang dinyatakan dalam perintah itu;
suatu perintah yang melantik seorang penerima harta pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau harta yang dipegang oleh pemegang itu untuk atau bagi pihak seorang lain sama ada sebagai amanah atau selainnya;
suatu perintah yang meletakhakkan sekuriti atau apa-apa harta lain yang dinyatakan dalam perintah itu pada
Suruhanjaya atau seorang pemegang amanah yang dilantik oleh mahkamah;
jika seseorang telah enggan atau tidak, masih enggan atau tidak, atau bercadang untuk mengenggani daripada atau tidak, melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang dia dikehendaki melakukan di bawah suatu kehendak yang berkaitan, suatu perintah yang menghendaki orang itu melakukan perbuatan atau benda itu;
dalam hal pelanggaran kaedah-kaedah suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan oleh seseorang, suatu perintah yang memberikan arahan berkenaan dengan pematuhan atau penguatkuasaan kaedah-kaedah itu kepada—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 573
orang itu; dan
jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, pengarah pertubuhan perbadanan itu;
dalam hal jika orang itu merupakan seorang ketua eksekutif atau pengarah, suatu perintah yang memecatnya daripada jawatan atau bahawa dia dihalang daripada menjadi seorang ketua eksekutif, pengarah atau menyertai dalam pengurusan secara langsung atau tidak langsung, mana-mana syarikat awam yang lain bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah;
suatu perintah yang menghendaki orang itu, atau mana-mana orang lain yang diketahui terlibat dalam pelanggaran itu, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk meremedi atau mengurangkan kesannya termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu;
bagi maksud memastikan pematuhan apa-apa perintah lain di bawah seksyen ini, suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan suatu perbuatan yang ditentukan;
jika seseorang telah enggan atau tidak atau masih enggan mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356, suatu perintah yang mengarahkan orang itu supaya mematuhi arahan itu yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya; dan
apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan terdahulu subseksyen ini.
Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, jika pada pendapatnya adalah wajar untuk berbuat demikian, sebelum menimbang permohonan itu, membuat suatu perintah interim daripada
574 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
jenis perintah yang dipohon itu dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti penentuan permohonan itu.
Mahkamah boleh, sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan supaya notis permohonan itu diberikan kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, atau kedua-duanya.
Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah di bawah perenggan (1)(J), mahkamah boleh membenarkan perintah itu—
jika mahkamah berpuas hati bahawa orang itu telah enggan atau tidak melakukan perbuatan atau benda yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak mahkamah mendapati bahawa orang itu berniat sekali lagi untuk enggan atau tidak atau terus untuk enggan atau tidak, melakukan perbuatan atau benda yang dikehendaki itu; atau
jika mahkamah mendapati bahawa sekiranya perintah sedemikian tidak dibenarkan, adalah berkemungkinan bahawa orang itu akan enggan atau tidak melakukan perbuatan atau benda yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak orang itu telah sebelum ini enggan atau tidak melakukan perbuatan atau benda itu dan sama ada atau tidak terdapat apa-apa risiko kerugian yang ketara kepada mana-mana orang jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan atau benda itu enggan atau tidak berbuat demikian.
Jika suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) dibuat oleh Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Suruhanjaya atau suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan, mahkamah tidak boleh, menjadikan sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji mengenai ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Suruhanjaya, bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 575
Seseorang yang dilantik melalui perintah mahkamah di bawah subseksyen (1) sebagai penerima harta pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal—
boleh menghendaki pemegang itu supaya menghantar serah kepada penerima apa-apa harta yang dia telah dilantik sebagai penerima atau memberikan kepada penerima segala maklumat mengenai harta itu yang mungkin dikehendaki dengan munasabahnya;
boleh memperoleh dan mengambil milikan apa-apa harta yang dia telah dilantik sebagai penerima;
boleh menguruskan apa-apa harta yang diperolehnya atau yang telah diambil milikan olehnya mengikut apa-apa cara yang pemegang itu boleh menguruskan harta itu dengan sah;
dan
mempunyai apa-apa kuasa lain berkenaan dengan harta itu sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah dalam perintah itu.
Dalam perenggan (1)(H) dan subseksyen (6), “harta”, berhubung dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal termasuk wang, sekuriti, atau harta lain dan dokumen hakmilik kepada sekuriti atau harta lain yang diamanahkan kepada atau diterima bagi pihak mana-mana orang lain oleh pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal atau seorang lain dalam perjalanan atau berkaitan dengan urusan pemegang itu.
Suruhanjaya atau pemegang amanah yang dilantik melalui suatu perintah mahkamah di bawah perenggan (1)(I)—
boleh menghendaki mana-mana orang supaya menghantar serah kepada Suruhanjaya atau pemegang amanah itu mana-mana sekuriti atau apa-apa harta lain itu yang dinyatakan dalam perintah itu atau memberikan kepada
Suruhanjaya atau pemegang amanah itu segala maklumat mengenai sekuriti atau derivatif sebagaimana yang boleh dikehendaki dengan munasabahnya;
576 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
boleh memperoleh dan mengambil milikan sekuriti atau apa-apa harta lain;
boleh berniaga sekuriti atau apa-apa harta lain mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut; dan
hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain berkenaan dengan sekuriti atau apa-apa harta lain sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah dalam perintah itu.
Hasil perniagaan atau pelupusan sekuriti atau derivatif di bawah perenggan (1)(I) hendaklah dibayar ke dalam mahkamah, dan mana-mana orang yang mendakwa sebagai berhak secara benefisial ke atas keseluruhan atau mana-mana bahagian hasil itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari pembayaran ke dalam mahkamah itu, memohon kepada mahkamah untuk pembayaran daripada hasil itu kepadanya.
Seseorang yang melanggar—
suatu perintah di bawah subseksyen (1) yang terpakai baginya;
suatu kehendak seorang penerima yang dilantik melalui perintah mahkamah di bawah subseksyen (1); atau
suatu kehendak Suruhanjaya atau pemegang amanah yang dilantik melalui perintah mahkamah di bawah perenggan (1)(I), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Subseksyen (10) tidak menyentuh kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman menghina mahkamah.
Mahkamah boleh membatalkan, mengubah atau melepaskan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung pelaksanaan perintah sedemikian.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 577
Bagi maksud seksyen ini, “kehendak yang berkaitan”—
berhubung dengan suatu permohonan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini, ertinya suatu kehendak—
yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti;
yang dikenakan sebagai suatu syarat atau sekatan ke atas mana-mana kelulusan atau lesen yang diberikan atau dikeluarkan di bawah atau menurut
Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti;
yang dikenakan oleh atau di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan; atau
yang dikenakan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang lain dan yang pelanggarannya merupakan suatu kesalahan yang Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendakwa dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya;
berhubung dengan suatu permohonan oleh syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan, ertinya suatu kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
berhubung dengan suatu permohonan oleh orang yang terkilan, ertinya suatu kehendak—
yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini;
yang dikenakan sebagai suatu syarat atau sekatan ke atas mana-mana kelulusan atau lesen yang diberikan atau dikeluarkan di bawah atau menurut
Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti; atau 578 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
yang dikenakan oleh atau di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan.
Suatu permohonan yang dibuat menurut seksyen ini tidak boleh memudaratkan apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh
Suruhanjaya, syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau orang yang terkilan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang atau kaedah-kaedah lain.