Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil
356. Kuasa berkenaan dengan pematuhan syarat lesen, dsb., oleh orang berlesen
Feedback & supportJika mana-mana orang berlesen—
melanggar atau tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana kehendak atau peruntukan Akta ini, mana-mana undang-undang sekuriti, notis bertulis, arahan, garis panduan, nota amalan, mana-mana syarat, atau sekatan ke atas, lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini; atau
melaksanakan atau meninggalkan daripada melaksanakan apa-apa perbuatan berkenaan dengan apa-apa urusan yang dijalankan oleh orang berlesen menurut lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini, yang berkemungkinan—
membahayakan kepentingan klien orang berlesen itu; atau
menjejaskan kepentingan awam, orang berlesen itu telah melakukan suatu kemungkiran.
Jika seseorang orang berlesen telah melakukan suatu kemungkiran dan Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah wajar dalam segala hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang berlesen itu, Suruhanjaya boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
mengarahkan orang yang mungkir supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan apa-apa
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 565
kehendak atau peruntukan Akta ini, mana-mana undang-undang sekuriti, notis bertulis, arahan, garis panduan, nota amalan, mana-mana syarat, atau sekatan ke atas, lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;
mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan beratnya kesan kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak lebih daripada satu juta ringgit;
mencela orang yang mungkir itu;
menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh
Suruhanjaya untuk meremedi atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil mana-mana tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar.
Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada restitusi kena dibuat oleh orang yang mungkir, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—
keuntungan yang telah terakru kepada orang yang mungkir itu; atau
sama ada mana-mana orang telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu.
(Dipotong oleh Akta A1406).
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang
Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir.
566 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan (2)(b), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Kerajaan Malaysia.
Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan (2)(d) telah menghendaki orang yang mungkir untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir gagal untuk membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman dan mendapatkan restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Setakat yang apa-apa amaun yang boleh didapatkan di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (8) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—
dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos—
membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan
Menteri.