Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil
358. Suruhanjaya boleh mendapatkan kehilangan atau kerugian
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, jika dianggapnya bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, mendapatkan bagi pihak seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian itu disebabkan oleh, atau kerana bergantung kepada, perlakuan seorang lain yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian VI atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, amaun kehilangan atau kerugian itu dengan memulakan prosiding sivil terhadap orang lain itu sama ada atau tidak orang lain itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan batasan masa, suatu tindakan di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru atau tarikh yang Suruhanjaya menyedari tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Apa-apa kehilangan atau kerugian yang didapatkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan—
568 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pertama, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan
kedua, untuk memampas orang yang mengalami kehilangan atau kerugian disebabkan oleh, atau kerana bergantung pada, perlakuan orang lain yang melanggar mana-mana peruntukan
Bahagian VI atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah tidak praktik untuk memampas orang yang disebut dalam perenggan (3)(b), memandangkan amaun apa-apa pengagihan yang mungkin kepada setiap orang atau kesulitan memastikan atau memberitahu orang yang sepatutnya dimampasi, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (3)(b).
Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan atau diperoleh dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut subseksyen (3), amaun itu hendaklah—
dibayar kepada Dana Pembangunan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IX; atau
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos mengawal selia perdagangan pasaran, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.
Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak yang dipunyai oleh orang itu di bawah mana-mana undang-undang lain.