Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil

359. Sebutan mengenai perlakuan

Feedback & support
(1)

Sesuatu sebutan mengenai penglibatan dalam perlakuan ialah sebutan mengenai perlakuan atau keengganan untuk melakukan apa-apa perbuatan, termasuk membuat suatu perjanjian atau memberi kuat kuasa kepada suatu peruntukan suatu perjanjian.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 569

(2)

Jika, dalam suatu prosiding di bawah Bahagian VI berkenaan dengan perlakuan yang dilakukan oleh seseorang penerbit, adalah perlu untuk membuktikan keadaan fikiran penerbit itu, adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengarah, pekerja atau ejen penerbit itu, yang merupakan seorang pengarah, pekerja atau ejen yang terlibat dengan perlakuan yang termasuk dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pengarah, pekerja atau ejen itu, mempunyai keadaan fikiran itu.

(3)

Perlakuan yang dilakukan bagi pihak penerbit—

(a)

oleh seorang pengarah, pekerja atau ejen penerbit dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pengarah, pekerja atau ejen itu; atau

(b)

oleh mana-mana orang lain atas arahan atau dengan kebenaran atau persetujuan (sama ada secara nyata atau tersirat) seseorang pengarah, pekerja atau ejen penerbit itu, jika pemberian arahan, kebenaran atau persetujuan itu adalah dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pengarah, pekerja atau ejen itu, hendaklah disifatkan telah dilakukan oleh penerbit itu.

(4)

Jika, dalam suatu prosiding di bawah Bahagian VI berkenaan dengan perlakuan yang dilakukan oleh seseorang selain penerbit, adalah perlu untuk membuktikan keadaan fikiran orang itu, adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa pekerja atau ejen orang itu, yang merupakan seorang pekerja atau ejen yang terlibat dengan perlakuan yang termasuk dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pekerja atau ejen itu, mempunyai keadaan fikiran itu.

(5)

Perlakuan yang dilakukan bagi pihak seseorang selain seorang penerbit—

(a)

oleh seorang pekerja atau ejen orang itu dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pekerja atau ejen itu; atau

(b)

oleh mana-mana orang lain atas arahan atau dengan kebenaran atau persetujuan (sama ada secara nyata atau

570 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

tersirat) seseorang pekerja atau ejen seseorang selain penerbit (orang yang mula-mula disebut itu), jika pemberian arahan, kebenaran atau persetujuan itu adalah dalam skop kuasa yang sebenar atau zahir pekerja atau ejen itu, hendaklah disifatkan telah dilakukan juga oleh orang yang mula-mula disebut itu.

Report

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules