Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil

357. Tanggungan sivil orang yang melanggar undang-undang sekuriti

Feedback & support
(1)

Seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian disebabkan oleh, atau kerana bergantung pada, perlakuan orang lain yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian VI atau mana-mana

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 567

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian itu dengan memulakan prosiding sivil terhadap orang lain itu sama ada atau tidak orang lain itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan batasan masa, suatu tindakan di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru atau tarikh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyedari tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.

Report

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules