Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil
361. Permohonan untuk penggulungan
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan *Akta Syarikat 1965, jika seseorang yang disebut dalam subseksyen 360(1) ialah suatu syarikat, sama ada atau tidak syarikat itu sedang digulung secara sukarela, orang itu boleh digulung di bawah suatu perintah mahkamah atas petisyen
Suruhanjaya, suatu bursa saham, suatu bursa derivatif atau suatu pusat penjelasan diluluskan, mengikut peruntukan *Akta Syarikat 1965.
Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan atas petisyen yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika orang yang disebut dalam subseksyen 360(1)—
telah memegang suatu lesen di bawah Akta ini, dan lesen itu telah dibatalkan atau diserahkan balik; atau
telah melanggar mana-mana kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan itu atau telah melanggar suatu peruntukan suatu undang-undang sekuriti, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak pelanggaran itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 579