Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

256C. Pemberian kebenaran atau pengiktirafan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, berhubung dengan permohonan untuk kebenaran atau pengiktirafan yang dibuat di bawah subseksyen 256B(1), memberi—

(a)

kebenaran atau pengiktirafan; atau

(b)

kebenaran atau pengiktirafan—

(i)

tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat;

(ii)

dengan apa-apa perubahan; atau 42

Undang-Undang Malaysia

(iii)

dengan apa-apa perubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang difikirkan patut atau perlu oleh

Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya boleh mengubah, menambah atau menggugurkan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(3)

Seseorang yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Report