Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

24. Section 24

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan yang lain dalam Akta ini, jika ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa apa-apa pendapatan syarikat yang berkaitan yang dikecualikan di bawah seksyen 22A atau apa-apa dividen yang dikecualikan yang ada dalam tangan pemegang syer di bawah seksyen 23 sepatutnya tidak dikecualikan disebabkan—

(a)

suatu arahan di bawah seksyen 17 telah diberikan berkenaan dengan suatu syarikat perintis selepas apa-apa pendapatan syarikat itu telah dikecualikan di bawah seksyen 22A;

(b)

pembatalan suatu perakuan perintis; atau

(c)

apa-apa pelarasan lain kepada pendapatan statutori syarikat perintis yang ditentukan di bawah seksyen 21, 21B, 21BA,

21C, 21E, 21F, 21H, 21I, 21J atau 21L,

Penggalakan Pelaburan 61

dia boleh, pada bila-bila masa dalam masa enam tahun selepas tarikh arahan, pembatalan atau pelarasan, membuat apa-apa taksiran tambahan ke atas mana-mana syarikat sebagaimana yang didapatinya perlu untuk mencegah apa-apa faedah yang didapati daripada pengecualian itu, atau mengarahkan syarikat yang berkaitan itu supaya mendebitkan akaun terkecuali itu dengan apa-apa amaun sebagaimana yang dikehendaki oleh hal keadaan.

(2)

Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah, bagi maksud seksyen 99 Akta ibu, disifatkan sebagai suatu notis taksiran yang tidak berhubungan dengan taksiran yang dibuat di bawah seksyen 92 Akta tersebut.

Kerugian yang ditanggung dalam tempoh pelepasan cukai

25. (1) Amaun apa-apa kerugian yang ditanggung dalam mana-mana tempoh perakaunan bagi perniagaan perintis sesuatu syarikat perintis hendaklah dihitung mengikut cara yang sama seperti apa-apa pendapatan yang kena dihitung di bawah subseksyen 21(1),

21B(2), 21BA(2), 21C(2), 21E(2), 21F(2), 21H(2), 21I(2), 21J(2), (3), (4),

(5)

atau 21L(2).

(2)

Jika—

(a)

amaun apa-apa kerugian bagi sesuatu syarikat perintis telah dihitung bagi suatu tempoh perakaunan; dan

(b)

mengikut subseksyen 21(1), 21B(2), 21BA(2), 21C(2), 21E(2),

21F(2), 21H(2), 21I(2), 21J(2), (3), (4), (5) atau 21L(2), tempoh perakaunan itu telah dikira bagi maksud penghitungan itu sebagai tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran, amaun kerugian itu hendaklah dipotong mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen 43(2) dan 44(1) Akta ibu daripada apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan perintis atau agregat pendapatan statutori daripada perniagaan perintis, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi syarikat itu selepas apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A bagi tahun taksiran itu.



CATATAN—Lihat seksyen 37 Akta 812 untuk penjelasan.

62

Undang-Undang Malaysia

(3)

(Dipotong oleh Akta 812).

(4)

Jika, oleh sebab tidak cukup atau tidak ada pendapatan statutori daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak boleh dijalankan atau tidak boleh dijalankan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa potongan yang kena dibuat bagi tahun itu menurut subseksyen (2), potongan itu yang belum lagi dibuat (atau sekian banyak daripadanya yang belum lagi dibuat) bagi tahun itu hendaklah dibuat apabila menghitung jumlah pendapatan syarikat itu menurut subseksyen 43(2) dan 44(2)

Akta ibu bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang terjatuhnya hari permulaan perniagaan selepas perintis atau mana-mana tahun taksiran yang kemudiannya.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), potongan yang belum lagi dibuat

(atau sekian banyak daripadanya yang belum lagi dibuat) bagi tahun taksiran di bawah subseksyen itu, hendaklah hanya dibuat ke atas syarikat itu mengikut subseksyen itu bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan tempoh itu bermula sebaik selepas tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh asas dalam mana terjatuhnya hari permulaan tempoh selepas perniagaan perintis, dan apa-apa amaun potongan pada akhir tempoh itu yang masih belum dibuat ke atas syarikat itu, oleh sebab ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan berkanun bagi tempoh itu, tidak boleh diambil kira bagi maksud seksyen ini.

Report

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules