Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti

232. Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

Feedback & support

Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan mana-mana buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 221, 222

atau 225, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 228(1)(a), atau apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 228(1)(c)

atau apa-apa buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 228(1)(b), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 228(1)(a), atau di bawah apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 228(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, penyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera,

240 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules