Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
225. Pemeriksaan atas orang
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada pada dirinya apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau artikel lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1), seksyen 221 atau 222, seorang pegawai penyiasat boleh, tertakluk pada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan suatu pemeriksaan atas orang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat
Perkhidmatan Kewangan 229
atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Apa-apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah
Bahagian ini hendaklah menurut peruntukan dalam Kanun Tatacara
Jenayah.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh orang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.