Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
240. Perintah oleh mahkamah
Feedback & supportMahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 239, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—
248 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu perintah menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil dalam apa-apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;
suatu perintah—
yang menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau
yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
suatu perintah mengarahkan seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;
suatu perintah mengarahkan orang itu, atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran atau ketidapatuhan kemungkiran itu;
suatu perintah yang mengarahkan orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat
Perkhidmatan Kewangan 249
restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
jika seorang itu telah enggan atau gagal untuk mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 234(3), suatu perintah mengarahkan orang itu mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank; dan
apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan subseksyen ini.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi, atau pernah berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau
yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal, suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan jika pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas keupayaan itu dan hal keadaan itu.
Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan,
250 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
atau yang berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau
yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan
keduanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau
ketiganya, untuk membayar ke dalam dan membentuk sebahagian
Kumpulan
Wang
Disatukan
Persekutuan melainkan jika memerintahkan bagi apa-apa jumlah atau bahagian padanya untuk digunakan untuk membayar pampasan orang yang telah mengalami kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan.
Sekiranya orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f), memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Perkhidmatan Kewangan 251
Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.
Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Permohonan di bawah seksyen ini boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.