Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
246. Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya terhadap—
orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran;
mana-mana pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a);
mana-mana ejen orang yang disebut dalam perenggan (a); atau
mana-mana orang lain, boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.
Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima dalam mana-mana tindakan sivil di bawah Bahagian ini yang Bank ialah suatu pihak disebabkan hanya kerana Bank memperolehnya dalam melaksanakan kuasa penyiasatannnya dan kebolehterimaan itu hendaklah diputuskan mengikut kaedah-kaedah keterangan di bawah mana-mana undang-undang.
Kesalahan jenayah