Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
226. Halangan terhadap pelaksanaan kuasa pegawai penyiasat
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
menolak mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 221, 222 atau 225, akses kepada mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu, atau gagal untuk membenarkan dirinya diperiksa;
menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kuasanya di bawah Bahagian ini;
gagal untuk mematuhi apa-apa tuntutan yang sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen 221, 222 atau 225;
enggan memberi kepada seorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
gagal untuk mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seorang pegawai penyiasat apa-apa harta, buku, dokumen atau artikel lain berhubung dengan yang pegawai penyiasat itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mengesyaki
230 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
bahawa suatu kesalahan atau kemungkiran telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
memberikan kepada seorang pegawai penyiasat maklumat sebagai benar, yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecah atau selainnya memusnah apa-apa benda untuk menghalang penyitaan itu, atau melindungi benda itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.