Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
236. Kuasa Bank untuk menetapkan penalti monetari
Feedback & supportBank boleh, bagi memberi kuat kuasa penuh atau pelaksanaan mudah subperenggan 234(3)(b)(i), atau bagi maksud objektif pengawalseliaan Akta ini, menetapkan perkara yang berikut sebagaimana yang disifatkannya perlu:
(a)
mengelaskan atau menetapkan kemungkiran di bawah Akta ini dalam kategori kemungkiran yang berlainan; dan
(b)
menetapkan, mengikut perenggan (a), suatu penalti monetari, atau suatu julat penalti monetari, berkenaan dengan setiap kategori.
246 Undang-Undang Malaysia AKTA 758