Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
237. Permohonan bagi rayuan keputusan
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang terkilan oleh suatu keputusan
Bank di bawah perenggan 234(3)(b) atau (e) boleh dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu telah diberitahu keputusan itu, merayu dengan memfailkan suatu notis secara bertulis kepada
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari.
(2)
Keputusan Bank di bawah perenggan 234(3)(b) atau (e), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.
(3)
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbangkan semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.