Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

218. Keutamaan pembayaran dalam penggulungan pengendali takaful berlesen

(1)

Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen, aset kumpulan wang takaful bagi apa-apa kelas atau perihalan perniagaan takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kepada peserta takaful atau penuntut yang sesuai berkenaan dengan kumpulan wang takaful dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar kumpulan wang takaful itu termasuk apa-apa qard atau apa-apa bentuk sokongan kewangan yang disebut dalam seksyen 95, selain apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f) *Akta Syarikat 1965

yang berpunca daripada kumpulan wang takaful.

(2)

Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen—

(a)

jika aset kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful berlesen adalah berlebihan, selepas

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

208 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

pembayaran telah dibuat untuk memenuhi liabilitinya di bawah subseksyen (1), lebihan aset kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan dalam turutan yang berikut:

(i)

pertama, untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful lain yang diuruskan oleh pengendali takaful berlesen yang tidak mencukupi dan sekiranya bagi maksud ini terdapat dua atau lebih kumpulan wang takaful yang—

(A)

berlebihan, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar lebihan dalam setiap kumpulan wang takaful untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; atau

(B)

tidak cukup, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; dan

(ii)

kedua, apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;

(b)

apa-apa ketidakcukupan dalam aset kumpulan wang takaful untuk memenuhi liabilitinya di bawah subseksyen (1) akan dipenuhi—

(i)

pertama, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a), dengan lebihan aset kumpulan wang takaful lain; dan

(ii)

sekiranya lebihan aset itu tidak cukup untuk memenuhi liabiliti itu maka baki liabiliti itu hendaklah dipenuhi dengan lebihan aset kumpulan wang pemegang syer selepas pembayaran dibuat untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang pemegang syer itu di bawah subseksyen (3); atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 209

(c)

menurut subperenggan (2)(b)(ii), jika aset kumpulan wang pemegang syer adalah berlebihan, lebihan aset itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti mana-mana kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi, dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk memenuhi liabiliti dua atau lebih kumpulan wang takaful yang asetnya tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu.

(3)

Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen, aset kumpulan wang pemegang syernya hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti itu kepada peserta takaful setakat yang berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar pengendali takaful berlesen, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10

Akta Prosiding Kerajaan 1956.

(4)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), (2), dan (3), jika

Bank di bawah seksyen 90 telah menentukan bahawa pengendali takaful berlesen yang ialah institusi asing hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang takaful yang berasingan bagi sijil takaful Malaysianya, dalam penggulungan pengendali takaful berlesen itu, aset—

(a)

kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu;

(b)

kumpulan wang pemegang syer hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kepada peserta takaful berkenaan dengan sijil takaful Malaysia setakat yang ia berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu; dan

(c)

berkuat kuasa dari tarikh penggulungan pengendali takaful asing berlesen itu, tidak boleh menjual, mengalih, melesapkan, memberi milik, memindahkan, menyerahhakkan, membebankan, mengagihkan atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

210 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

menguruskan selainnya dengan apa-apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam seksyen 340 *Akta Syarikat 1965 atau perintah penggulungan itu bagi pengendali takaful berlesen yang ialah institusi asing, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (4)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules