Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

217. Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank Islam berlesen

(1)

Dalam penggulungan bank Islam berlesen di dalam atau luar

Malaysia—

(a)

aset bank Islam berlesen, tertakluk pada perenggan (b), hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank Islam berlesen itu berkenaan dengan deposit

Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua

206 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

liabiliti tidak bercagar lain bank Islam berlesen itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359]; dan

(b)

walau apa pun subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk pada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(a)

*Akta Syarikat 1965 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f)

*Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh bank

Islam berlesen itu di Malaysia, hendaklah menjadi sedia ada, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada bank Islam berlesen itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk menetapkan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam.

(3)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen

(1)

, dalam penggulungan bank Islam antarabangsa berlesen yang merupakan institusi asing, aset bank Islam antarabangsa berlesen itu yang didapati daripada dana yang diterima dari pejabatnya di Malaysia—

(a)

hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank Islam antarabangsa berlesen di Malaysia; dan

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan Islam 207

(b)

berkuat kuasa dari tarikh penggulungan bank Islam antarabangsa berlesen, tidak boleh menjual, mengalih, melesapkan, memberi milik, memindahkan, menyerahhakkan, membebankan, mengagihkan atau menguruskan selainnya dengan apa-apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.

(4)

Walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam seksyen 340

*Akta Syarikat 1965 atau perintah penggulungan itu bagi bank Islam antarabangsa berlesen yang merupakan institusi asing, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules