Skip to content

Seksyen 40

Kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 40 of 101
Seksyen 40
(1)

Pengawal hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Bahagian ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am

Menteri.

(2)

Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

(3)

Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal.

(4)

Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal.

(5)

Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Bahagian ini kepada mana-mana Penolong Pengawal.