Skip to content

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

53. Larangan berurusan dengan harta di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

Jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa apa-apa harta ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;

(b)

harta pengganas;

(ba)

harta pencambah;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, dan harta itu dipegang atau didepositkan di luar Malaysia, dia boleh membuat suatu permohonan ex parte yang disokong oleh afidavit kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

(2)

Apabila berpuas hati bahawa harta itu ialah—

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;

(b)

harta pengganas;

(ba)

harta pencambah;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh perintah itu dibuat jika orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini telah dimulakan berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah perintah itu.

(4)

Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh perintah di bawah subseksyen (3), membuat suatu permohonan ex parte yang disokong oleh afidavit kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk melanjutkan tempoh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2).

(5)

Mahkamah boleh membenarkan permohonan untuk melanjutkan tempoh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)

bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh tamat tempoh perintah di bawah subseksyen (3).

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

107

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules