Skip to content

Seksyen 54

Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001

ActIn forceProvision 68 of 117
Seksyen 54
(1)

Jika apa-apa harta yang telah disita di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu masih berkuat kuasa, apa-apa urusan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang atau antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusan yang dilaksanakan di bawah Akta ini oleh seseorang pegawai sesuatu badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun lain, adalah batal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau selainnya diberi kuat kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 51(3) dan (4).

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

97

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(3)

Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika tindakan, guaman atau prosiding lain itu belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang telah disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang seumpama itu boleh dimulakan, dan jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.