Skip to content
Contents

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

60. Pelepasan harta yang disita

Feedback & support
(1)

Jika harta telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai penyiasat selain pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa sebelum harta itu dilucuthakkan di bawah

Akta ini, dengan persetujuan Pendakwa Raya melepaskan harta itu kepada mana-mana orang yang ditentukan oleh Pendakwa Raya berhak di sisi undang-undang kepada harta itu jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa harta itu tidak tertakluk pada pelucuthakan di bawah Akta ini atau selainnya diperlukan bagi tujuan mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi tujuan apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal sedemikian baik pegawai yang melaksanakan penyitaan tersebut, mahu pun

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan itu telah dilaksanakan dengan suci hati.

(2)

Pegawai yang melaksanakan apa-apa pelepasan mana-mana harta di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat suatu rekod bertulis berkenaan dengan pelepasan itu, dengan menyatakan dalam rekod itu secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

117

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh memberi apa-apa arahan yang bersifat sampingan atau berbangkit, atau yang perlu, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan, pelepasan harta itu.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules