Skip to content
Contents

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

55. Pelucuthakan harta apabila ada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 61, dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;

(b)

harta pengganas;

(ba)

harta pencambah;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, jika—

(aa)

kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau

(bb)

kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh tetapi mahkamah berpuas hati bahawa—

(i)

tertuduh bukan pemunya harta itu yang sebenar dan sah; dan

(ii)

tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.

(2)

Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan, susut nilai atau tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya tertuduh membayar sebagai penalti suatu jumlah wang yang bersamaan dengan, pada pendapat mahkamah, nilai harta itu, dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

109

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan tidak tertakluk pada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Dalam menentukan sama ada harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;

(b)

harta pengganas;

(ba)

harta pencambah;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules