Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
56. Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad,
Pendakwa Raya boleh memohon kepada seorang hakim Mahkamah
Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan harta itu—
dalam hal tiada pendakwaan, sebelum tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh perintah penyitaan itu, atau jika terdapat suatu perintah pembekuan, lapan belas bulan dari tarikh perintah pembekuan itu; atau 110 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
dalam hal tiada sabitan, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tiada sabitan itu.
Pendakwa Raya dalam membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah berpuas hati bahawa harta itu ialah—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;
harta pengganas;
harta pencambah;
hasil daripada suatu aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan.
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati—
bahawa harta itu ialah—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
(iia) harta pencambah;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan; dan
bahawa tiada pembeli suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
111
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
Apa-apa harta yang telah disita dan berkenaan dengannya tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh penyitaannya, dilepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita.
Dalam menentukan sama ada harta itu ialah—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
harta pencambah
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.