Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
58. Peletakhakan harta yang dilucuthakkan pada Kerajaan Persekutuan
Feedback & supportJika apa-apa harta dilucuthakkan di bawah Akta ini, harta itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan Persekutuan bebas daripada apa-apa hak, kepentingan atau bebanan mana-mana orang kecuali hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh seorang pembeli suci hati dengan balasan berharga dan yang tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.
Jika mana-mana orang memegang apa-apa bebanan yang kepadanya harta itu tertakluk menuntut bahawa dia memegang bebanan itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga dan bahawa bebanan itu tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dan Kerajaan Persekutuan mempertikaikan tuntutan itu, Pendakwa Raya boleh merujuk tuntutan itu kepada Mahkamah Tinggi supaya memutuskan persoalan itu dan
Mahkamah boleh memutuskan persoalan itu setelah memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang memegang bebanan itu dan mendengar jawapan daripada Pendakwa Raya tentang apa-apa representasi yang dibuat di hadapan Mahkamah itu oleh orang yang memegang bebanan itu.
Jika mana-mana harta terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1), peletakhakan itu hendaklah berkuat kuasa tanpa apa-apa pindah hakmilik, pindah hak, surat ikatan atau surat cara
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
113
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram lain dan jika apa-apa pendaftaran peletakhakan itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melaksanakan pendaftaran itu hendaklah berbuat demikian atas nama mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa, orang atau badan yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.
Jika harta yang terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1) ialah harta tak alih, peletakhakan itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau
Pentadbir Tanah, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar
Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, di Sabah atau Pendaftar
Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak suatu perintah mahkamah melucuthakkan harta tak alih itu, atau dalam hal harta yang dilucuthakkan di bawah subseksyen 55(1), suatu perakuan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa harta itu telah dilucuthakkan, hendaklah didaftarkan atas nama
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Dalam seksyen ini, “pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga” ertinya mana-mana penerima pindahan, pemegang serah hak, pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang sandaran, pemegang lien, atau penerima pajakan, bagi apa-apa harta jika pemindahan, penyerahhakan, penggadaian, penggadaijanjian, penyandaran, lien, atau pemajakan itu telah didapati olehnya dengan balasan berharga yang cukup berupa wang atau nilaian wang, tanpa maklum—
bahawa harta itu ialah—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
114 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(iia) harta pencambah;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan; atau
tentang apa-apa hal keadaan yang daripadanya, jika siasatan munasabah telah dijalankan, mungkin dapat diketahui bahawa harta itu ialah—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
(iia) harta pencambah;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan.