Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
61. Pihak ketiga yang suci hati
Feedback & supportPeruntukan di dalam Bahagian ini hendaklah terpakai tanpa menjejaskan hak pihak ketiga yang suci hati.
Mahkamah yang membuat perintah pelucuthakan di bawah subseksyen 28L(1) atau seksyen 55 atau hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen 28L(2) atau 56(1) hendaklah menyebabkan supaya disiarkan suatu notis dalam Warta memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta itu supaya hadir di hadapan mahkamah itu pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.
Mana-mana pihak ketiga yang tidak hadir di hadapan mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (2) tidak boleh membuat apa-apa tuntutan selepas suatu perintah pelucuthakan dibuat di bawah subseksyen 28L(1) atau
, 55(1) atau 56(2).
Ketiadaan suci hati pada pihak ketiga boleh disimpulkan, oleh mahkamah atau sesuatu agensi penguat kuasa, daripada hal keadaan objektif hal itu.
Mahkamah atau agensi penguat kuasa hendaklah memulangkan harta itu kepada pihak yang menuntut apabila ia berpuas hati bahawa—
pihak yang menuntut itu mempunyai suatu kepentingan sah di sisi undang-undang mengenai harta itu;
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
tiada pengambilan bahagian, pakatan sulit atau penglibatan berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), Bahagian IVA, kesalahan membiayai keganasan atau kesalahan membiayai aktiviti terhad yang menjadi tujuan prosiding itu boleh dikaitkan dengan pihak yang menuntut itu;
pihak yang menuntut itu tidak tahu dan jahil tanpa niat tentang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu, atau jika dia tahu, tidak dengan sukarela mengizinkan penggunaan menyalahi undang-undang harta itu;
pihak yang menuntut itu tidak memperoleh apa-apa hak mengenai harta itu daripada seseorang yang tindakan diambil terhadapnya di bawah hal keadaan yang menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah dipindahkan hakmilik bagi maksud mengelakkan pelucuthakan harta itu pada akhirnya kemudiannya; dan
pihak menuntut itu telah melakukan segala yang semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu.