Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
65. Kesan kematian ke atas prosiding
Feedback & supportProsiding di bawah seksyen 64 hendaklah dimulakan atau diteruskan terhadap wakil diri defendan yang sudah mati atau, jika tidak terdapat wakil diri, mana-mana benefisiari harta pusaka si mati yang ditetapkan oleh mahkamah atas permohonan Pendakwa Raya.
Jika kuasa yang diberikan oleh Akta ini untuk membuat suatu perintah akan dijalankan berhubung dengan seseorang defendan yang sudah mati, perintah itu hendaklah dibuat terhadap pusaka defendan yang sudah mati itu.
Dalam seksyen ini, “defendan yang sudah mati” ertinya seseorang yang mati—
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
121
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
selepas suatu penyiasatan tentang suatu kesalahan berat telah dimulakan terhadapnya; dan
sebelum prosiding berkenaan dengan kesalahan itu telah dimulakan, atau jika prosiding itu telah dimulakan sebelum dia disabitkan atas kesalahan itu.
Dalam seksyen ini, sesuatu sebutan tentang harta atau kepentingan mengenai harta hendaklah termasuk sebutan tentang pendapatan yang terakru daripada harta atau kepentingan itu.