Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
57. Kesahan pembekuan, penyitaan atau penjualan
Feedback & supportJika pembekuan, penyitaan atau penjualan mana-mana harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, kesahan pembekuan, penyitaan atau penjualan itu, atau apa-apa pelupusan dalam bentuk lain harta itu, atau
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
apa-apa pemusnahan harta itu mengikut peruntukan Akta ini, berbangkit daripadanya pembekuan, penyitaan atau penjualan itu, tidak terjejas oleh apa-apa bantahan tentangnya berhubung dengan cara bagaimana pembekuan, penyitaan atau penjualan itu dilaksanakan, atau tempat pembekuan, penyitaan atau penjualan itu dilaksanakan, atau orang yang daripadanya telah dilaksanakan, atau orang yang kepadanya apa-apa notis pembekuan, penyitaan atau penjualan itu telah diberikan, atau ditinggalkan daripada diberikan, atau apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan tatacara dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dalam melaksanakan pembekuan, penyitaan atau penjualan itu.