Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
47. Peguam bela dan peguam cara hendaklah menzahirkan maklumat
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang lain, seseorang
Hakim Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), kesalahan membiayai keganasan atau kesalahan membiayai aktiviti terhad, memerintahkan seseorang
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
peguam bela dan peguam cara supaya menzahirkan maklumat yang boleh didapati olehnya berkenaan dengan apa-apa transaksi atau urusan yang berhubungan dengan apa-apa harta yang boleh disita di bawah Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara mematuhi apa-apa perintah di bawah subseksyen itu setakat pematuhan itu akan menzahirkan apa-apa maklumat atau komunikasi terlindung yang sampai kepada pengetahuannya bagi maksud apa-apa prosiding yang belum selesai.