Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
59. Perintah kewangan
Feedback & supportBagi maksud prosiding di bawah seksyen 55 atau 56, mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu perintah penalti kewangan terhadap seseorang yang daripadanya harta telah dilucuthakkan berkenaan dengan faedah yang diperoleh oleh orang itu daripada—
pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
harta pencambah;
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
115
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan.
Mahkamah boleh, jika didapatinya wajar, menaksir nilai faedah yang diperoleh sedemikian dan mengarahkan orang itu membayar kepada Kerajaan Persekutuan suatu penalti kewangan yang bersamaan dengan amaun itu.
Jika suatu perintah pelucuthakan telah dibuat di bawah seksyen 55 atau 56 terhadap mana-mana harta yang merupakan—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
harta pencambah;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan, penalti kewangan yang kena dibayar di bawah subseksyen (2)
hendaklah dikurangkan sebanyak suatu amaun yang bersamaan dengan nilai harta itu pada masa perintah itu dibuat di bawah subseksyen (2) dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan
Malaysia dan tidak tertakluk pada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Dalam menentukan sama ada faedah itu diperoleh berbangkit daripada—
116 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;
harta pengganas;
harta pencambah;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.