Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan
158. Pelucuthakan dan potongan: peruntukan am
Feedback & supportTiada pelucuthakan gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dikenakan melainkan jika dibenarkan oleh Akta ini atau sesuatu Akta lain dan tiada potongan daripada gaji itu boleh dibuat melainkan jika dibenarkan sedemikian atau dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun.
Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun tidak boleh membenarkan dibuat apa-apa potongan sebagai hukuman, iaitu, sesuatu potongan yang dibuat kerana apa-apa kesalahan atau perbuatan salah yang lain yang dilakukan atau yang berbangkit daripada apa-apa kecuaian.
Peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu tidak boleh menghalang Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun dibuat yang mengadakan peruntukan bagi mengenakan apa-apa pelucuthakan yang dibenarkan oleh Akta ini atau membuat apa-apa potongan yang dibenarkan sedemikian itu atau mengenai masa bila dan cara bagaimana wang itu boleh dipotong daripada gaji untuk melaksanakan potongan yang dibenarkan itu atau cara bagaimana wang itu boleh dipotong sedemikian untuk mendapatkan apa-apa denda yang dikenakan menurut Akta ini, atau mengenai penggunaan mana-mana wang atau jumlah itu apabila dipotong, atau mengadakan peruntukan
166 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
bagi membuat keputusan mengenai soal yang berhubungan dengan pelucuthakan atau potongan.
Walau apa pun apa-apa jua potongan daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar (tertakluk pada apa-apa pelucuthakan) dia hendaklah terus menerima gaji mengikut kadar yang tidak kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan oleh atau di bawah
Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun.
Walau apa pun pelucuthakan gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar bagi apa-apa tempoh telah diperintahkan menurut Akta ini, dia hendaklah terus menerima gaji mengikut sesuatu kadar minimum yang disebut terdahulu, tetapi jumlah yang diterima bagi tempoh itu boleh didapatkan daripadanya dengan membuat potongan daripada gajinya.
Apa-apa jumlah yang dibenarkan untuk dipotong daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dipotong daripada apa-apa baki (sama ada yang merupakan gaji atau tidak) yang kena dibayar kepadanya sebagai pegawai atau askar-lasykar, dan sebutan dalam
Akta ini mengenai potongan yang dibuat daripada gaji hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya, dan keseluruhan atau mana-mana bahagian wang yang dilucuthakkan daripada gaji seseorang pesalah itu boleh didapatkan dengan memotong daripada apa-apa baki itu.