Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

164. Penguatkuasaan perintah nafkah dan perintah menentukan bapa melalui potongan gaji

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana mahkamah awam di Malaysia telah membuat perintah terhadap mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “defendan”) bagi membayar apa-apa wang berkala atau wang lain yang dinyatakan dalam perintah itu atau berkenaan dengan—

(a)

nafkah isteri atau anaknya;

(b)

apa-apa kos yang dilakukan untuk mendapatkan perintah itu; atau

(c)

apa-apa kos yang dilakukan dalam prosiding rayuan terhadap, atau bagi mengubah, membatalkan atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu, dan defendan itu ialah seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, maka (sama ada atau tidak dia seorang anggota angkatan-angkatan itu pada masa perintah itu dibuat) pihak berkuasa yang layak itu boleh memerintahkan supaya wang itu dipotong daripada gaji

Akta Angkatan Tentera 173

defendan itu dan digunakan bagi atau terhadap menjelaskan bayaran yang kena dibayar di bawah perintah mahkamah awam itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.

(2)

Jika mahkamah awam yang membuat sesuatu perintah seperti yang disebut terdahulu itu, atau sesuatu perintah untuk membatalkan atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu mengetahui bahawa defendan itu seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, maka mahkamah awam itu hendaklah menghantar satu salinan perintah itu kepada pihak berkuasa yang layak itu.

(3)

Pihak berkuasa yang layak itu boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelumnya di bawah seksyen ini, dan boleh menganggap mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini sebagai digantung pada bila-bila masa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak hadir sebagaimana yang disebut dalam perenggan 159(1)(a).

(4)

Dalam seksyen ini—

sebutan mengenai sesuatu perintah yang dibuat oleh mahkamah awam di Malaysia termasuklah sebutan mengenai sesuatu perintah yang didaftarkan dalam atau disahkan oleh mahkamah awam di bawah peruntukan Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan)

1949 [Akta 34];

sebutan mengenai seseorang isteri atau anak, berhubung dengan sesuatu perintah yang dibuat dalam prosiding berkaitan dengan pembubaran atau pembatalan perkahwinan, termasuklah sebutan mengenai seseorang yang akan terus menjadi isteri atau anak defendan itu jika perkahwinan itu masih wujud;

sebutan mengenai anak bagi seseorang termasuklah sebutan mengenai anak kepada isterinya, dan mengenai anak luar nikah atau anak angkat orang itu atau isterinya, dan dalam perenggan ini “anak angkat” ertinya seseorang anak yang diambil sebagai anak angkat

(sama ada secara berseorangan atau bersesama) mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa ini di

174 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

Malaysia atau mana-mana bahagiannya dan termasuklah seseorang anak yang pengambilannya sebagai anak angkat telah didaftarkan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa ini di Malaysia.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules