Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

162. Potongan bagi kerosakan berek

Feedback & support
(1)

Jika terdapat kerosakan di mana satu unit atau lebih angkatan tetap atau mana-mana bahagian unit itu yang dijadikan rumah atau tempat tumpangan, atau apa-apa lekapan, perabot atau barang di dalam atau kepunyaan premis itu rosak atau hilang, maka jika didapati setelah disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun bahawa kerosakan atau kehilangan itu telah disebabkan oleh perbuatan salah atau kecuaian orang dari mana-mana unit atau bahagian unit yang menduduki premis itu dan kerosakan atau kehilangan itu telah berlaku pada masa mereka menduduki premis itu, tetapi orang tersebut tidak boleh dikenal pasti, maka mana-mana orang daripada mana-mana unit atau bahagian unit itu boleh dikehendaki supaya membuat sumbangan terhadap pampasan bagi kerosakan atau kehilangan itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan sebagai adil mengikut peraturan-

172 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

peraturan yang disebut terdahulu, dan jumlah wang itu boleh dipotong daripada gajinya.

(2)

Subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah meliputi kapal, kereta api dan kapal udara yang mengangkut unit atau bahagian angkatan tetap itu, dan sebutan mengenai premis, pemberian rumah dan pendudukan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules