Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

166. Had potongan di bawah seksyen 164 dan 165 dan kesan pelucuthakan

Feedback & support
(1)

Wang yang dipotong di bawah kedua-dua seksyen terdahulu yang akhir disebut tidak boleh lebih daripada—

(a)

dalam hal seseorang pegawai, tiga pertujuh daripada gajinya;

(b)

dalam hal seseorang askar-lasykar yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan atau yang setaraf dengannya, dua pertiga daripada gajinya;

(c)

dalam hal mana-mana askar-lasykar lain, tiga perempat daripada gajinya.

(2)

Jika apa-apa potongan telah diperintahkan dalam mana-mana satu daripada kedua-dua seksyen terdahulu yang akhir disebut daripada gaji seseorang (sama ada sebelum atau selepas potongan itu diperintahkan) dan dia dikenakan pelucuthakan gaji oleh sebab atau berikutan daripada dapatan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera atau dapatan atau award daripada pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintahnya, pelucuthakan itu hanya boleh dikenakan atas baki gajinya selepas potongan itu dibuat.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(b) dan (c) seseorang yang memegang pangkat memangku hendaklah dianggap sebagai memegang pangkat itu.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules