Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

159. Pelucuthakan kerana tidak hadir bertugas

Feedback & support
(1)

Gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dilucuthakkan—

(a)

bagi mana-mana hari dia tidak hadir mengikut hal keadaan yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 54 atau 55 atau, jika diarahkan demikian oleh pihak berkuasa yang layak, bagi ketidakhadiran tanpa cuti yang lain;

(b)

bagi mana-mana hari dia dipenjarakan, ditahan atau dikenakan hukuman medan di bawah Akta ini oleh mahkamah tentera atau pegawai memerintah, atau bagi

Akta Angkatan Tentera 167

mana-mana hari dia dikenakan apa jua jenis hukuman pemenjaraan atau tahanan yang boleh dikenakan ke atasnya berikutan daripada sesuatu perintah atau hukuman oleh sesuatu mahkamah awam;

(c)

jika dia didapati bersalah (sama ada oleh mahkamah tentera, sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintahnya) atas sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, bagi mana-mana hari (sama ada sebelum atau selepas dia didapati bersalah) yang dia berada di hospital oleh sebab sakit atau kecederaan yang diperakui oleh pegawai perubatan yang berkenaan sebagai telah disebabkan oleh kesalahan itu.

(2)

Gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dilucuthakkan bagi mana-mana hari yang dia tidak hadir oleh kerana dia dijadikan orang tawanan perang jika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah dijadikan orang tawanan perang kerana tidak mematuhi perintah atau dengan sengaja mengabaikan tugasnya;

(b)

setelah dijadikan orang tawanan perang dia tidak mengambil apa-apa langkah yang munasabah yang boleh diambil olehnya untuk berkhidmat semula dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda; atau

(c)

setelah dijadikan tawanan perang, dia telah berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah yang dikira akan mempengaruhi semangat atau dengan apa-apa cara jua pun yang tidak dibenarkan menurut kelaziman antarabangsa, tetapi, kecuali seperti yang disebut terdahulu, tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a) boleh terpakai bagi ketidakhadiran oleh sebab dia telah dijadikan seorang tawanan perang.

168 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(3)

Peraturan-Peraturan

Gaji dan

Elaun boleh membuat peruntukan tentang penghitungan masa bagi maksud seksyen ini dan khususnya tentang pengiraan atau tidak mengambil kira bahagian hari.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules