Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

167. Penyampaian proses dalam prosiding nafkah

Feedback & support
(1)

Apa-apa proses yang kena disampaikan kepada seseorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap (kemudian daripada ini disebut “defendan”) berkaitan dengan prosiding bagi apa-apa perintah mahkamah awam di Malaysia sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 164(1), atau bagi mengubah, membatalkan atau menghidupkan semula sesuatu perintah itu, hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya jika telah disampaikan

Akta Angkatan Tentera 177

kepadanya atau pegawai memerintahnya dan, dengan tidak menyentuh apa-apa kaedah penyampaian yang lain, boleh disampaikan sedemikian melalui pos berdaftar.

(2)

Jika apa-apa proses itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) disampaikan di Malaysia dan defendan itu dikehendaki hadir sendiri pada pendengaran itu, maka jika pegawai memerintahnya memperakui kepada mahkamah awam yang mengeluarkan proses itu bahawa defendan itu diperintahkan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan giat atau (jika defendan itu seorang pegawai atau lasykar dalam Tentera Laut) diperintahkan untuk berkhidmat di stesen luar negeri (iaitu, perkhidmatan yang bertempat di suatu pelabuhan di luar

Malaysia) dan bahawa pegawai memerintah itu berpendapat defendan itu tidak boleh menghadiri pendengaran itu dan pulang dalam masa untuk memulakan perkhidmatan itu, maka penyampaian proses itu hendaklah disifatkan telah tidak dilaksanakan.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules