Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

161. Section 161

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan peruntukan Akta ini mengenai pengenaan tahanan gaji sebagai hukuman, peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuat kuasa jika selepas suatu siasatan oleh suatu lembaga siasatan mengikut Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa mana-mana pegawai atau askar-lasykar—

(a)

telah menyebabkan apa-apa kehilangan, atau kerosakan kepada, harta perkhidmatan atau harta awam;

(b)

telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Kerajaan Persekutuan yang baginya dia adalah atau telah bertanggungjawab;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran yang tidak sepatutnya wang awam Kerajaan

Akta Angkatan Tentera 169

Persekutuan atau bagi apa-apa pembayaran wang awam yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

(d)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang awam, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain

Kerajaan Persekutuan;

(e)

sebagai pegawai perakaunan atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;

(f)

telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang awam Kerajaan

Persekutuan kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang sah yang dibuat dengan orang itu, dan yang disebut terdahulu itu telah disebabkan oleh apa-apa perbuatan salah atau kecuaian seseorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap (kemudian daripada ini disebut “orang yang bertanggungjawab”).

(2)

Pihak berkuasa yang layak hendaklah menghendaki orang yang bertanggungjawab itu memberikan penjelasan tentang perbuatan salah atau kecuaian yang telah berlaku dan jika penjelasan yang memuaskan tidak diberikan dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang layak itu, pihak berkuasa yang layak itu boleh memerintahkan orang yang bertanggungjawab itu (sama ada atau tidak dia seorang anggota angkatan tetap pada masa perintah itu dibuat) membayar, sebagai atau terhadap pampasan, sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa kehilangan terhadap atau kerosakan kepada harta perkhidmatan atau harta awam, atau mana-mana amaun yang tidak dipungut, atau mana-mana pembayaran, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dimusnahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berhubung dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat

170 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, pihak berkuasa yang layak itu boleh memerintahkan orang yang bertanggungjawab itu membayar apa-apa jumlah wang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.

(3)

Pihak berkuasa yang layak hendaklah menyebabkan supaya pegawai memerintah atau ketua jabatan orang yang bertanggungjawab itu diberitahu tentang apa-apa perintah atau apa-apa keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan pegawai memerintah atau ketua jabatan itu hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang bertanggungjawab itu tentang apa-apa perintah atau keputusan itu.

(4)

Apa-apa amaun yang diperintahkan supaya dibayar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan daripada orang yang bertanggungjawab yang terhadapnya perintah itu dibuat dan amaun itu boleh dituntut dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Kerajaan dan boleh juga, jika diarahkan oleh pihak berkuasa yang layak, didapatkan melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang bertanggungjawab itu; atau

(b)

daripada pencen orang yang bertanggungjawab itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang yang bertanggungjawab itu.

(5)

Tiada perintah boleh dibuat di bawah peruntukan subseksyen (4)

jika, dalam prosiding di bawah Akta ini di hadapan sesuatu mahkamah tentera, sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau seseorang pegawai memerintah, orang yang bertanggungjawab itu—

(a)

telah dibebaskan dalam hal keadaan yang melibatkan dapatan bahawa dia tidak bersalah atas perbuatan salah atau kecuaian itu; atau

(b)

telah dikenakan tahanan gaji berkenaan dengan kehilangan atau kerosakan yang itu juga,

Akta Angkatan Tentera 171

tetapi kecuali sebagaimana yang tersebut dahulu, hakikat bahawa apa-apa prosiding sedemikian telah dibawa berkenaan dengan perbuatan salah atau kecuaian itu tidaklah menghalang pembuatan perintah atau potongan di bawah subseksyen (4).

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai atau askar-lasykar yang dipertanggungkan dengan kewajipan untuk memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang awam, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan untuk membuat pembayaran, atau yang sebenarnya membuat pembayaran, ap-apa wang awam, dan tiap-tiap pegawai atau askar-lasykar yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, barang simpanan awam atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan awam;

“wang awam” ertinya segala hasil, pinjaman, amanah dan wang lain dan segala bon, debentur, dan sekuriti lain yang diperdapatkan atau diterima oleh atau bagi akaun Kerajaan Persekutuan.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules