Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VI · Gaji, Pelucuthakan dan Potongan
165. Potongan gaji bagi nafkah isteri atau anak
Feedback & supportJika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa seseorang pegawai atau askar-lasykar itu abai, tanpa sebab yang munasabah, untuk memberikan nafkah kepada isteri atau mana-mana anaknya yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun, pihak berkuasa yang layak boleh memerintahkan supaya sejumlah wang itu dipotong daripada gajinya dan digunakan terhadap nafkah isteri atau anaknya sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.
Apabila suatu permohonan dibuat kepada pihak berkuasa yang layak untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen terdahulu yang disebut, pihak berkuasa yang layak itu, jika berpuas hati bahawa suatu kes prima facie telah dibuktikan bagi membuat sesuatu perintah itu, boleh membuat suatu perintah sementara bagi potongan dan penggunaan yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut itu untuk berkuat kuasa sementara menantikan kes itu diperiksa selanjutnya.
Jika suatu perintah di bawah subseksyen 164(1) berkuat kuasa bagi membuat potongan untuk mana-mana orang daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, tiada potongan daripada gajinya untuk orang yang sama boleh diperintahkan di bawah peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini melainkan jika pegawai atau askar-lasykar itu berada di suatu tempat di mana proses tidak boleh disampaikan kepadanya berkenaan dengan prosiding bagi mengubah perintah mahkamah awam yang berbangkit daripadanya perintah di bawah subseksyen 164(1) dibuat.
Pihak berkuasa yang layak boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang telah dibuat sebelumnya di bawah seksyen
Akta Angkatan Tentera 175
ini, dan boleh menganggap mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini sebagai digantung pada bila-bila masa semasa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak hadir sebagaimana yang disebut dalam perenggan 159(1)(a).
Kuasa untuk membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini bagi memotong apa-apa jumlah wang dan menggunakannya untuk pemberian nafkah kepada seorang anak termasuklah kuasa—
tertakluk pada subseksyen (3), untuk membuat sesuatu perintah setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun, jika sesuatu perintah bagi anak itu di bawah subseksyen 164(1) sedang berkuat kuasa;
untuk membuat sesuatu perintah setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun jika—
sesuatu perintah yang disebut dalam subseksyen 164(1) berkuat kuasa bagi anak itu pada masa anak itu mencapai umur itu;
orang yang daripada gajinya potongan itu diperintahkan berada di suatu tempat sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3); dan
anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pendidikan atau latihan; atau
untuk meneruskan sesuatu perintah itu dari semasa ke semasa setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun, jika anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pendidikan atau latihan, tetapi tiada perintah yang dibuat atau diteruskan sedemikian boleh terus berkuat kuasa setelah anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun atau, melainkan jika diteruskan di bawah perenggan (c), boleh terus berkuat kuasa selama lebih daripada dua tahun.
176 Undang-Undang Malaysia AKTA 77