113. Pernyataan kesolvenan
Feedback & supportSuatu pernyataan kesolvenan hendaklah dibuat oleh pengarah—
mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar;
dengan menyatakan—
tarikh pernyataan itu dibuat; dan
nama setiap pengarah yang membuat pernyataan itu;
dan
yang hendaklah—
154 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
ditandatangani oleh setiap pengarah yang membuat pernyataan itu; dan
disokong dengan suatu akuan bahawa pengarah telah membuat siasatan terhadap hal ehwal syarikat.
Pernyataan kesolvenan yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dibuat oleh—
dalam hal suatu transaksi yang berhubungan dengan pengurangan modal syer atau penebusan syer keutamaan, semua pengarah; dan
dalam hal suatu transaksi yang berhubungan dengan bantuan kewangan atau pembelian balik syer, majoriti pengarah itu.
Pernyataan kesolvenan berhubung dengan sesuatu transaksi ialah suatu pernyataan bahawa setiap pengarah yang membuat pernyataan itu bersependapat bahawa syarikat memenuhi ujian kesolvenan berhubung dengan transaksi itu.
Dalam mencapai persepakatan bagi maksud membuat suatu pernyataan kesolvenan, pengarah hendaklah—
menyiasat keadaan hal ehwal dan prospek syarikat; dan
mengambil kira semua liabiliti syarikat, termasuklah liabiliti luar jangka.
Jika syarikat bercadang untuk membeli syernya sendiri di bawah suatu pembelian balik syer, pengarah hendaklah membuat suatu akuan bahawa—
adalah perlu bagi syarikat untuk membeli balik syernya sendiri; dan
pembelian balik syer itu dibuat dengan suci hati dan demi kepentingan syarikat.
Syarikat 155
Kesalahan mengenai pernyataan kesolvenan