Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

105. Kehendak bagi surat cara pemindahmilikan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada undang-undang bertulis yang lain, mana-mana pemegang syer atau pemegang debentur boleh memindah milik semua atau mana-mana syer atau debenturnya dalam syarikat dengan menyempurnakan dan disetemkan dengan sewajarnya surat cara pemindahmilikan dan hendaklah menyerah simpan pemindahmilikan itu dengan syarikat.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pemindahmilikan sekuriti dalam syarikat yang telah dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa saham daripada depositori pusat sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 146 kepada orang yang dinamakan dalam rekod pendeposit yang disebut dalam subseksyen 147(1), dengan syarat bahawa pemindahmilikan itu dikuatkuasakan mengikut kaedah-kaedah depositori pusat sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 146.

(3)

Bagi maksud menguatkuasakan pemindahmilikan syer atau debentur, syarikat hendaklah mencatatkan nama penerima pindahan dalam daftar anggota atau daftar pemegang debentur mengikut seksyen ini.

(4)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan mana-mana kuasa syarikat untuk mendaftarkan seseorang sebagai pemegang syer atau pemegang

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

debentur yang padanya hak terhadap syer atau debentur telah dipindahkan melalui kuat kuasa undang-undang.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “surat cara pemindahmilikan”

termasuk suatu permohonan bertulis bagi pemindahan syer, debentur atau kepentingan lain kepada seorang wakil diri.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules