Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

118. Hak pemiutang untuk membantah pengurangan modal syer oleh syarikat

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang telah meluluskan suatu ketetapan khas bagi mengurangkan modal syer di bawah seksyen 117.

(2)

Mana-mana pemiutang syarikat boleh memohon kepada

Mahkamah bagi ketetapan itu dibatalkan dalam masa enam minggu dari tarikh ketetapan itu.

(3)

Subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi pemiutang syarikat yang berhak terhadap apa-apa hutang atau tuntutan yang boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat itu pada tarikh permohonannya kepada Mahkamah jika tarikh itu ialah tarikh permulaan kuat kuasa penggulungan syarikat.

(4)

Apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2)—

(a)

pemiutang hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menyampaikan permohonan itu kepada syarikat; dan

(b)

syarikat hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin memberikan kepada Pendaftar suatu notis mengenai permohonan itu.

Syarikat 163

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules