Seksyen 112
Ujian kesolvenan
Bagi maksud peruntukan yang berhubungan dengan penebusan syer keutamaan, pengurangan modal syer dan bantuan kewangan, suatu syarikat memenuhi ujian kesolvenan berhubung dengan sesuatu transaksi jika—
146 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(a)
sebaik selepas transaksi itu tiada alasan bagi syarikat untuk menjadi tidak berupaya membayar hutangnya;
(b)
sama ada—
(i)
dihasratkan untuk memulakan penggulungan syarikat dalam masa dua belas bulan selepas tarikh transaksi, syarikat itu akan dapat membayar sepenuhnya hutangnya dalam masa dua belas bulan selepas bermulanya penggulungan itu; atau
(ii)
dalam apa-apa hal lain, syarikat akan dapat membayar hutangnya apabila hutang itu genap masa dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh transaksi itu; dan
(c)
aset syarikat lebih daripada liabiliti syarikat pada tarikh transaksi itu.
(2)
Bagi maksud pembelian balik syer, syarikat memenuhi ujian kesolvenan jika—
(a)
pembelian balik syer itu tidak akan mengakibatkan syarikat itu menjadi tidak solven dan modalnya menjadi terjejas pada tarikh pernyataan kesolvenan itu; dan
(b)
syarikat itu akan terus menjadi solven selepas setiap pembelian balik semasa tempoh enam bulan selepas tarikh akuan dibuat di bawah subseksyen 113(5).
(3)
Bagi maksud subseksyen (2)—
(a)
sesuatu syarikat hendaklah disifatkan menjadi solven jika syarikat itu terus berupaya membayar hutangnya pada dan apabila hutang itu genap masa tanpa apa-apa pelupusan besar asetnya di luar perjalanan biasa perniagaannya, menyusun semula hutangnya, secara terpaksa menyemak semula pengendalian perniagaannya atau tindakan lain yang seumpamanya;
Syarikat 147
(b)
modal sesuatu syarikat hendaklah disifatkan sebagai terjejas apabila nilai aset bersihnya kurang daripada agregat amaun semua syer syarikat selepas pembelian balik syer.