Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

111. Section 111

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perlembagaan, suatu syarikat adalah berhak terhadap suatu lien, sebagai keutamaan kepada apa-apa tuntutan yang lain, ke atas—

(a)

pengeluaran syer yang dibayar sebahagian; dan

Syarikat 151

(b)

apa-apa pembayaran dividen atas syer itu, bagi semua wang yang kena dibayar oleh pemegang syer kepada syarikat melalui panggilan wang atau kena dibayar pada tarikh yang ditetapkan.

(2)

Syarikat boleh menjual mana-mana syer yang ke atasnya syarikat itu mempunyai suatu lien mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh pengarah.

(3)

Penjualan mana-mana syer oleh syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) tidak boleh dibuat melainkan jika—

(a)

suatu jumlah wang yang berkenaan dengannya lien itu wujud kena dibayar pada masa ini; dan

(b)

sehingga habisnya tempoh empat belas hari dari suatu notis bertulis, yang menyatakan dan menuntut pembayaran apa-apa bahagian amaun yang berkenaan dengannya keistimewaan atau lien itu wujud yang kena dibayar pada masa ini telah diberikan kepada pemegang berdaftar pada masa syer itu, atau orang yang berhak kepada syer itu oleh sebab kematian atau kebankrapan pemegang berdaftar itu.

(4)

Bagi maksud menguatkuasakan apa-apa penjualan di bawah subseksyen (2), pengarah boleh membenarkan seseorang untuk memindah milik syer yang dijual kepada pembeli syer yang hendaklah didaftarkan sebagai pemegang syer yang terkandung dalam apa-apa pemindahmilikan itu dan pengarah tidak terikat untuk melihat penggunaan wang belian itu.

(5)

Hakmilik pembeli terhadap syer yang dijual di bawah subseksyen (2) tidak terjejas oleh apa-apa ketidakteraturan atau ketidaksahan dalam prosiding yang berhubungan dengan penjualan itu.

(6)

Hasil jualan itu hendaklah diterima oleh syarikat dan digunakan dalam membayar apa-apa bahagian amaun yang berkenaan dengannya lien itu wujud sebagaimana yang kena dibayar pada masa ini, dan apa-apa baki hendaklah dibayar kepada orang yang berhak kepada syer

152 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

pada tarikh penjualan itu, tertakluk pada lien yang serupa bagi jumlah wang yang kena dibayar ke atas syer sebelum penjualan itu.

(7)

Pengarah boleh enggan untuk mendaftarkan pemindahmilikan suatu syer yang ke atasnya syarikat itu mempunyai lien, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perlembagaan.

Subpenggal 3

Pernyataan Kesolvenan

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules