Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

106. Pendaftaran pemindahmilikan atau penolakan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Syarikat hendaklah mencatatkan atau menyebabkan supaya dicatatkan nama penerima pindahan dalam daftar anggota sebagai pemegang syer dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan surat cara pemindahmilikan di bawah subseksyen 105(1) melainkan jika—

(a)

Akta ini atau perlembagaan syarikat dengan nyata membenarkan pengarah untuk menolak atau menangguhkan pendaftaran atas sebab-sebab yang dinyatakan;

(b)

pengarah meluluskan suatu ketetapan untuk menolak atau melengahkan pendaftaran pemindahmilikan itu dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan surat cara pemindahmilikan dan ketetapan itu menyatakan sepenuhnya sebab-sebab bagi penolakan atau kelengahan pendaftaran itu; dan

(c)

notis mengenai ketetapan itu, dan dalam hal syarikat awam termasuklah sebab-sebabnya yang disebut dalam perenggan (b) dihantar kepada pemberi pindahan dan kepada penerima pindahan dalam masa tujuh hari dari ketetapan itu diluluskan.

(2)

Tertakluk pada perlembagaan, pengarah boleh menolak atau melengahkan pendaftaran pemindahmilikan syer di bawah subseksyen (1) jika pemegang syer gagal untuk membayar kepada syarikat suatu amaun yang kena dibayar berkenaan dengan syer itu, sama ada melalui balasan bagi pengeluaran syer atau berkenaan dengan jumlah wang yang kena dibayar oleh pemegang syer itu mengikut perlembagaan.

Syarikat 147

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules